Saturday, December 21, 2013

Jalan-jalan Padang Bukit Tinggi

salam

Penutup tahun ni sempat jugak bawak anak-anak dengan ibubapa mertua ke Padang dan Bukit Tinggi Indonesia....

Tiket dah beli lama 3 bulan awal... kalau tak mmg tak la dapat harga murah.... Air asia ada 2 penerbangan sehari ke Padang.... pagi dan tengahari... flight tak lame.. 1jam 10 minit je... nak makan dalam flight pun kelam kabut..

day 1 :
LCCT - Padang - Bukit Tinggi

kami naik flight tenghari... pukul 2.00 petang... Bandara Udara Internasional Padang (kita panggil lapangan terbang, orang indonesia panggil bandara udara) tak la sibuk sangat, airport pun kecik je...

Tak banyak masalah nak lalui pemeriksaan imigresen dan kastam... keluar je terus carik supir yang telah di book secara online... Pak Aldi...

Time tu pun dah dekat pukul 3.00 pm waktu indonesia Barat... terus mintak Pak Aldi bawak pergi surau dulu.... biasanya setiap restoran ada disediakan musolla... tp jangan pelik sebab biasanya kawasan solat lelaki dengan perempuan tak ada tirai.. memang open mcm tu je...

lepas solat terus shoot ke Bukit Tinggi.. jarak padang ke bukit tinggi tak la jauh sangat... dalam 90 km.. tapi perjalanan boleh makan masa 2-3 jam sebab jalannya tak de la macam highway. kene pulak hari tu ada tanah longsor (tanah runtuh), terpaksa ikut jalan ke Pariaman... .... siap masuk jalan kampung lagi.. tapi best... pemandangan sangat cantik.... suka tengok sawah padi teres.. hasil dari letupan gunung berapi..

lebih kurang pukul 7.00 mlm baru sampai Padang... terus check in bilik . Dah book awal-awal hotel guna Agoda... duduk kat hotel Karisma... hotel cantik, ada ciri-ciri bangunan minangkabau... dekat pulak dengan masjid... ada wifi tapi terhad kat lobi je... ok la jugak... dari tak de langsung....

Tak de nak buat ape dah... sebab dah letih sangat... lepas solat... supir bawak makan.... biasala kat sane... makanan padang la .. pe lagi...

kalau pergi restoran masakan padang, dia akan hidang semua lauk atas meja.... tp ingat... kalau rasa2 tak nak makan, jgn sentuh.. nanti kena bayar pulak.. so... pilih2 la lauk yang nak makan je.. yg lain letak tepi..... bayar yg makan je..


day 2 :
Pagar Ruyung

kat Bukit Tinggi ni memang dah sejuk, bilik pun tak de aircond.. pasang kipas dinding je... tp tak on pun sebab dah sejuk... bukak sikit tingkap pun dah cukup... aras ketinggian 900 meter dari aras laut


breakfast siap-siap kat hotel, elok kalau melancong ni ambik hotel sekali dengan breakfast... sebab susah jugak nak carik tmpt breakfast kat sana....

pukul 8 supir dah tunggu... bagus supir kat sini... sentiasa punctual....

plan hari ni nak pegi Pagar Ruyung , tasik Singkarak dan kawasan sekitarnya...

Sblm tu singgah sekejap kat satu rumah tu... kat rumah tu dia jual kain sulam.... biasala dah singgah.. sanggut jugak la 5-6 helai kain... ada la jugak nak bawak balik nanti.. kat sini memang speciality dia kain sulam.... harga pulak separuh dari harga kat malaysia...

sepanjang jalan ke Pagar Ruyung tu... dapat tengok pemandangan yang sangat cantik... sawah padi, kebun sayur dari lereng-lereng bukit.... ohhh... sebenarnya Bukit Tinggi ni dikelilingi 2 gunung iaitu Gunung Singkalang dan Gunung Marapi.


Dalam perjalanan sempat singgah ke tempat memproses kopi... biasa kita makan kopi hasil daripada biji kopi, tapi kat sini ada jugak kopi daripada daun kopi..... supir tu cakap masa belanda tu dulu... biji kopi dia bawak balik, dia suruh orang sana minum air kopi je.... bole minum kopi free je kat sini... tp yg best view kat sini amat cantik....






Dalam perjalanan ke Pagar Ruyung, macam biasa pemandangan sangatlah cantik, gunung ganang, sawah padi.... memang tak berenti ambik gambar... yg best jugak masih banyak lagi rumah-rumah bercirikan minangkabau samaada rumah, surau atau masjid. Bangunan Kerajaan kat sini mesti bercirikan minangkabau... jadi perjalanan tu memang la tak membosankan...

Supir ni memang best.. cakap je kalau nak berenti nak ambik gambar.....


 Lepas tu terus je shoot ke Pagar Ruyung... tengok istana Pagar Ruyung... nak masuk tu dikenakan sedikit bayaran... dalam 5000 rupiah utk orang dewasa... tak sampai Rm2 pun.... huh.... memang klasik... macam istana seri menanti kat negeri sembilan ni... tp yg ini ciri-ciri minangkabau amatlah terserlah... ye la pun... tempat asal Minangkabau... haha..

Jangan pelik kat sini nanti bila tengok ramai orang pakai baju mcm pengantin Minangkabau...




sebenarnya memang ada perkhidmatan sewaan pakaian Minangkabau... tak la mahal 30000 rupiah je... bole la sape2 nak posing dengan pakaian tradisi Minangkabau.... huhh.... memang pengalaman lain dari yang lain.... kalau rasa2 nak jadi pengantin lagi sekali pun bole jugak...

Makan Tengah Sawah....

lepas habis ke lawatan ke Istana Pagar Ruyung tu dah tengahari.... supir tu bawak kat tempat makan yang sgt best... makan tengah sawah.....  bagi yang tak pernah makan tengah sawah.. boleh la rasakan angin sawah.... aku dah biasa dah... sebab kampung aku pun tengah sawah.... hehee.. tp walaubagaimanapun ... mmg best....


ok la.. nanti aku sambung lagi..... banyak lagi nak cerita...




1 comment: