Monday, December 23, 2013

day 2..

sambungan ...

lepas makan2, solat... perjalanan diteruskan ke Tasik Singkarak..

tasik singkarak ni merupakan tasik yg kedua terbesar di indonesia selepas tasik toba... kalau pergi sini jangan lupa beli ikan bilis... ikan bilis tasik singkarak... rasanya tak masin sebab ia tinggal di air tawar...tak macam ikan bilis biasa yang kita beli tu...

air tasik tu memang bersih.. kalau nak mandi pun boleh... tp tu kene duduk sana lg satu hari la.. nnti tak sempat nak pergi tmpt lain pulak...

kat tasik tu ada jugak bot yang boleh bawak kita jalan2 .. tp supir tu tak galakkan naik sebab tak de jaket keselamatan.....

boleh jugak mandi-mandi kat situ.. airnya memang bersih...

lepas tu terus je bergerak ke balik ke bandar bukit tinggi..seperti biasa pemandangan sepanjang perjalanan tu memang la mengasyikkan...
kat sane tak de ikut suka je... jadual penanaman padi tidak ditetapkan oleh pemerintah...ada petak yang baru tanam, ada petak yang baru je lepas menuai.... mungkin disebabkan air yg sentiasa ada dari atas bukit..
antara binaan lama yang masih kekal. tak dapat dipastikan berapa usia surau ini... memang klasik

sempat berhenti kat sini.. untuk tengok kain tenun... awas !!! org perempuan.... Perkampungan Pandai Sikek ni memang terkenal dengan industri kain tenun... ada byk kedai (rumah merangkap kedai) yang menjual kain tenun... ikut la supir tu nak bawak kat mane....
tunjuk sikit produk yang ada... nak banding harga kat Malaysia... mungkin 50% lebih murah....

pandai sikek tu sebenarnya bermaksud pandai sikat... sbb org sane mmg kerja dia menenun kain... tp dah tukar kepada dialeg minang.. jadi pandai sikek...

tak lengkap kalau pergi bukit tinggi tak ambik gambar kat sini... jam gandang.

terletak kat tengah2 bandar bukit tinggi.. kat situ pun banyak jugak org berjualan.. kalau nak beli cenderahati, baju i love bukit tinggi pun ada.... pasar atas pun terletak dekat2 situ jugak....

ok la.. next... hari ketiga....pegi tasik maninjau... pemandangan yg sangat cantik...







No comments:

Post a Comment